Sumpahan

Salam Sejahtera Buat Semua.
Dalam gundah pada pagi yang sepi ini aku dengan rasa sedih tetiba terfikir mengenai satu sumpahan yang rata-rata terjadi pada mereka yang mempunyai pengalaman persekolahan menengah denganku. Masing-masing punya cerita yang berbeza namun endingnya sama. Kadang-kadang untuk aku percaya mengenai sumpahan ini lebih banyak dari mengatakan tidak. Sebab rationya adalah lebih berat kepada kepada kebenaran sumpahan ini.
Walaupun sebelum apa yang terjadi pada malam ini hanya hipotesis semata-mata namun bayang-bayang untuk sumpahan ini menjadi teori pada aku sudah kelihatan bagai ingin menjadi kenyataan.
Walau aku terpaksa korbankan apa yang aku ada dengan menjadi bahan experiment dan sanggup meminggirkan hati dan perasaan sendiri namun sintom yang aku telah lihat bagai sama seperti yang aku bayangkan pada diri aku dan rakan-rakan senasib dengan ku.
Walau agak rungsing dan berat untuk menerima yang aku ada gejala itu namun aku akan cuba menerima apa saja yang berlaku. Dengan penuh rela aku menerima segala takdir yang telah ditentukan. Walau pahit sekalipon kan ku telan sampai habis.
Jika itu yang tercatat dalam lipatan sejarah hidupku tak mungkin dapat aku elak lagi. Mmg agak berat untuk menerima kenyataan ini. Akan ku tetap hadapi dengan penuh tabah dan hati yang terbuka.
Walaupun aku agak skeptikal tentang isu sumpahan ini bagi aku itu adalah yang terbaik sekurangnya aku tidaklah terlalu sedih atau derita. Untuk aku lihat dari sudut positif rasanya tiada ruang yang dapat muat.
Entah apa yang akan berlaku esok yang penting aku akan hadapi dengan sedaya upaya untuk kelihatan lebih tenang.
Moga aku tabah menghadapi segala yang berlaku selepas ini. Moga aku dapat teruskan kehidupan dengan lebih kuat dan tabah untuk menghadapi cabaran yang mendatang. Moga aku ada hikmah disebalik apa yg berlaku..





sumpahan?
amin…
sumpahan pasal apa tu saudara..boleh saya tahu?