Pentauliah Diraja Pegawai Muda UPNM 2008

4 Disember 2008. Tarikh keramat buat semua Pegawai Muda Pentauliahan ke-10 Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Penat jerih selama empat ke lima tahun akhirnya berakhir. Dan cabaran paling besar iaitu kawad selama 2 bulan akhirnya telah terbalas dengan persembahan kawad yang telah kami tunjukkan pada DYMM pada tarikh berkenaan.

Setelah menerima sendiri watikah dari tangan DYMM dan pentauliahan yang telah diucapkan oleh DYMM maka secara rasminya kami telah di tabalkan. Tidak di sangka semua ini akan berakhir ramai yang menitiskan air mata kegembiraan… tak banyak yg aku boleh ulas tentang majlis pentauliahan ini. apa yang aku boleh katakan “that day is the best day of my life ever”.

Bertalu-talu ucapan tahniah dari rakan-rakan hadir malah keluarga turut berbangga. Di kesempatan ini ucapan tidak terhingga pada semua yang menyumbangkan tenaga dan juga masa untuk melatih kami, pada guru-guru, pensyarah malah pada rakan-rakan yang banyak menyokong.

Tidak pernah aku lupakan pada keluarga yang banyak berkorban apa saja demi kejayaan ini. Buat wani yang sentiasa membakar semangatku. Dan sapa saja yang telah terlibat secara langsung atau tidak. Terima Kasih Semua.

~ oleh machevallie di 4 Disember 2008.

5 Respons to “Pentauliah Diraja Pegawai Muda UPNM 2008”

  1. hi bro..even bro x knal sy..sy nk mintak izin utk jadikan blog bro sbg panduan bagi sy yg tulis blog,baru tahap beginner ni.anyway congratz y.o!

  2. caya la bro..congratulation..thanks sbb ajar ak salute yang betol yerk.. :)

  3. [...] 44 orang ketika pendaftaran pengambilan. Berkat keazaman semua. Inilah hasilkan. Rujuk kepada blog Mache. Ucapan selamat tinggal kepada Kapten Afham bin Abdul Rahman memberi seribu makna entah bila kita [...]

  4. huhuhuhuh

  5. update slalu ea mache..jangan tinggalkan blog nie..

Tinggalkan jawapan