Perginya Tak Kembali Lagi..

Suatu pagi nyaman di Kampung Banggol…

tok,tok,tok…. bunyi pintu kayu bilikku di ketuk…

“Abe bangun semayang subuh….” bunyi suara garau datuk ku.

“Awal lagi ni…..” jawab ku sambil menarik selimut berkelubung dalam kedinginan pagi.

Di luar hujan renyai-renyai menambahkan lagi rasa malasku…. akhirnya aku terlena kembali. Tak pasti betapa lama aku terlelap tetiba pintu bilik aku diketuk lagi tapi dengan lebih kuat. Kemudian pintu bilik ku di buka…

“Abe bangun tok che nak pergi makan nasi berlauk kat kedai kopi ni…. tak mau bangun che tinggal jer…” tok che aku cuba ugut aku.

“Makan kat kedai kopi yeahhhhhhhhhhhhh….” terus segar mataku segala lemah-lemah otot kini pulih. Aku terus melompat dari katil. Mengliat bagai kucing jantan.

Tanpa aku sedar kain pelikat yang di pakai sudah terlondeh jatuh kelutut. Mujur baju tidur panjang kalau tak mesti dah menampakkan punai galakku yang bangun di suasana dingin ni… hihihihihih….

“5 minit dah siap kalau tak…. bye-bye jer la” kata tok che lagi.

“Tapi sejuk nih.. malas la nak mandi” jawab ku sambil mencebik mulut.

“Sapa suh mandi? basuh muka dah la…” kata Tok Che selamba.

“Okey Tok Che… tunggu eh..” Jawabku sambil berlari ke rak baju di tepi katil.

Aku pilih seluar pendek hawaii dengan bunga raya berwarna hijau yang besar dan labuh sampai ke betis. Aku sarungkan baju t putih dengan kartun ninja turtles di depannya. Aku berlari lagi kebilik air berkumur dan basuh muka sambil mencuci tahi mata yang berbaki.

“Abe cepat la… Tok Che dah kuar pintu tu…” kata tok mek aku kedengaran suaranya jelas dari dapur.

“Kalau bab makan dan jalan no.1 tapi kalau bangun pagi dan sembahyang subuh susah benar budak Abe nih….” tambah lagi nenek aku sambil memandang aku yang tgh mengletar menahan kesejukkan air perigi. Dia gelengkan kepala kemudian terus hilang di balik pintu dapur yang berlubang dimamah anai-anai.

Aku senyap saja… kemudian berlari apabila kedengaran bunyi kayuhan basikal tua Tok che. Tiba di pintu luar kelihatan atuk aku baru mula mengayuh basikal tuanya. Tanpa berlengah aku capai selipar jepun hijau saiz 8 kalau tak silap aku. Aku capai saja selipar tu sebab selipar aku tak ingat letak kat mana.

Dalam aku mengejar atuk sambil mengawal selipar yang agak besar tu dari terlucut dari kaki aku menjerit sekuat hati…

“cheeeeeeeeeeeeeee…. tunggu la. Abe dah siap ni. Berenti la basikal tu nak naik” aku berlari laju sambil melompat beberapa anak ayam kecil yang tetiba lalu kat depan aku. Angsa garang yang dari tadi bersedia ingin menyudu aku biarkan… lantak la nak kena pulas dengan angsa ke apa ke. janji dapat makan nasi berlauk..

Angsa Ganas

Atuk aku berhenti kemudian berpaling pada aku dan berkata,

“5 minit is 5 minit…. padan muka kena tinggal. hahahahahah……..” seronok sungguh dia gelakkan aku yang masih termengah-mengah menahan semput dikejar angsa tadi.

Aku di angkat dan di letakkan di atas carrier belakang. berkiok bunyi basikal Tok che. Basikal tua la katakan. Rantai pon dah kuning berkarat tunggu saat jer nak jadi besi buruk.

Tok Che senyap saja. Aku memeluk pinggang kurusnya. Indah sungguh pagi ni dengan rumput yang masih di basahi hujan berkilau dan sarang labah-labah bergayutan yang diliputi embun semalam sungguh mengasyikkan permandang pagi ni. Bunyi ibu ayam berkiok memanggil anaknya makan bunyi kicauan burung bunyi lebah madu begitu harmoni sekali.

“Jom nyanyi….” tetiba atuk aku bersuara sambil matanya sepenuh perhatian pada jalan.

“Tok che start la dulu…nanti abe ikut” jawab ku bersungguh.

“Basikal tua rodanya dua, ku tunggang kisini kesana,

“Basikal tua pelananya besi, ku tunggang untuk sesuap nasi,

“Basikal tua tayarnya getah, bahagianya hatiku tak pernah gundah……”

Kedengaran suara atuk menyanyi dengan penuh gembira. aku pada masa itu hanya mampu terkumat-kamit cuba mengikut. Walau lagu tu setiap hari aku dengar dari mulut atuk namun hanya 3 rangkap itu sahaja yang aku ingat.

Semasa menyanyi Tok che terus mengayuh tanpa rasa penat aku yang duduk di belakang dah mula rasa mcm nak kematu… dengan jalan yang berlecak dan penuh dengan lopaktok che tunggang tanpa risau. punggung ku kebas dan pedih bila kadang-kadang basikal tua tok che terjatuh ke dalam lopak penuh selut tu.

Basikal tok che mula melalui satu denai yang sempit di tepi tali air yang dalam, sungguh menggerunkan. jarak antara tayar basikal dengan tebing tali air tu hanya beberapa inci sahaja dan bila-bila masa bleh jatuh. Aku kat atas carrier hanya mampu memandang kaki aku tergantung bagai sedang terapung di atas tali air.

Kadang-kadang aku pejam mata bila basikal tua tok che seperti melayang di tiup angin dan bagai tunggu masa jer nak jatuh bila-bila masa sahaja.

Selepas 15 minit menjadi penumpang setia akhirnya kami sampai di kedai kopi zakaria. kemudia tanpa di suruh aku terjun dari basikal dan masuk ke kedai dan duduk di meja paling depan yang mengadap kaunter.

“2 nasi berlauk, teh O satu, milo O satu. Cepat deh….” pesan atuk aku pada pak cik Zakaria sorang bekas askar yang tinggi lampai.

“Ok tunggu sekejap” jawab pak cik Zakaria sambil menyenduk nasi ke pinggan.

Kurang 5 minit hidangan akhirnya sampai. Dengan bacaan bismillah aku melantak bersungguh-sunggu. Lauk adalah seperti biasa kuah kari berkacang panjang dengan seketul ayam goreng. Kalau tak silap aku harga nasi berlauk ni sepinggan RM1.50 dan air milo O hanya 50sen jer.

Dalam dok makan tu tetiba hujan turun sungguh lebat. Aku yang sudah selesai makan terperangkap di kedai kopi Zakaria ni. Tok Che yang sepatutnya pergi kerja sebagai tukang rumah terpaksa meneman aku di sini.

“Nampak gayanya kena tunggu hujan berenti dulu la ni” kata tok che pada ku yang nampak mula terhangguk-hangguk menahan mata yg mengantuk selepas kenyang.

“Ermmmm…..” jawab ku sambil mata mula rapat.

Dalam aku tak sedar kerana terlelap di tangga batu kedai kopi pak cik Zakaria tu hujan sudah pon berenti kalau tak silap aku ada la dalam setengah jam. Tanpa berlengah aku dan tok che menaiki basikal untuk pulang ke rumah.

Dalam perjalanan tu aku boleh lihat air mula melimpah dari tali air ke bendang padi. Keadaan yang pagi tadi kehijauan dengan tunas padi kini bagai di selubungi lautan air yang kekuningan. Jalan yang aku lalui jugak di tenggelami air namun tak menghalang kayuhan tok che yg mmg cekap meredah lopak.

“Nampaknya air besar ni abe… nak balik umah tok mek jugak ke ni?” tanya tok che.

“Nak balik la nak mandi banjir, nak tahan pukat, nak tgk angsa mandi nak pergi menyuluh malam-malam” jawab aku panjang lebar.

Aku suka banjir. walau bergerakkan terbatas tapi aku suka bila air banjir. banyak ikan pening dari hulu akan turun. Ikan sesat keluar lubuk. Aku suka main banjir. Dengan pelampung tiub trak gembala besar aku boleh main rakit-rakit ngan kawan. Aku boleh pergi ‘menaut’ kat becah yang banyak ikan keli sedap-sedap. Kalau beruntung boleh dapat belut.

Atas basikal tu aku dah mula merancang aktiviti bila balik kerumah tok mek nanti. Kat dalam kepala dah terbayang-bayang kesejukkan air banjir. yuhuuuuuuuuuu…..

Tok Che yang menunggang senyap sahaja. Mula membelok ke rumah Mak Cik aku. Nampaknya kena berjalan la ni balik ke rumah Tok Mek nih. Alahai jauh nyer dahla jalan berlecak.

Nak tak nak aku berjalan kaki dari rumah Mak Cik aku tempat Tok Che simpan basikal hingga la ker gigi air yang menenggelamkan jambatan yang satu-satunya laluan ke rumah tok mek tu.

Laluan kke kg

“Jom apa tunggu lagi……….” ajak Tok Che sambil meredah air yang paras lutut tu.

“Sejuk…. sejuk…..” aku menggelengkan kepala tanda tak setuju.

“Ala kejap jer nih mai la sini…” Tok Che menghulur tangan pada ku.

Kemudian aku sambut dan pegang tangan Tok che meredah banjir yang mula sampai ker paras dada aku. Mujur la air kat sini tak deras sgt. Senang skit nak bergerak. Tapi yang tak bestnya kalau air slow mcm ni mesti banyak lintah. Mmg betul tekaan aku kelibat sang penghisap darah berduyun-duyun menyambut kedatangan aku. sebelum mereka berjaya menyentuh badan suci aku ni, aku dulu menangkap lintah-lintah tadi jauh-jauh.

Berjalan hampir 50meter sekarang tibalah masa aku meredah sungai. Air banjir kelihatan mengganas dengan pusar-pusar olak yang mengerikan. Jambatan mmg sudah tenggelam dek air banjir. Kelihatan beberapa batang pokok hanyut melintasi kami… macam pak bedal la plak aku tgk.

“Abe jom kita berenang….Tapi kita kena naik atas skit baru leh capai kat pokok tu” tunjuk atuk aku pada sebatang pokok asam jawa yang bongkok di langgar banjir.

“Bleh jer… tapi takper ker? tak hanyut ker? tak lemas ke?” tanya aku dengan suara menggeletar kesejukkan beserta kekecutan hati aku melihat air yang mengganas tu.

“Takper Tok che kan ada nih..” Tok Che mula bergerak melawan arus naik ke tebing lebih tinggi dan lebih atas dari kedudukan jambatan.

“Jom la dok kat sini lama-lama pon makin sejuk che…” kata ku tak tahan menahan seksaan kesejukkan.

Tok che memimpin tangan aku kemudian perlahan-lahan turun kesungai. Tangan ku di pimpin kemas-kemas supaya tak terlepas. Aku dan Tok Che mula hanyut di langgar air deras. Dengan skill renangan kampung itu aku beranikan diri. Aku tendang air sekuat hati agar tidak tenggelam.

Sedar tak sedar aku dah berada di tengah sungai. Mmg pada saat itu aku mmg takut yang teramat sgt. Tiba-tiba tok che tenggelam namun tangan aku masih belum dilepaskan.

“Tok che… tok che….” aku dah mula risau dan rasa panic yang teramat mula mengsai diri.

kelibat tok che tak timbul-timbul tapi aku dapat rasakan tangan aku di tarik bergerak ketepi tebing. aku sendiri tak pasti samaada tok che yang tarik atau aku sebenarnya di hanyutkan arus.

Hampir semeter dari tebing… (aku agak la sebab dah nampak pokok asam jawa tu dekat dengan tangan aku). Tangan tok che dah di rasakan tiada lagi. Namun tok che tak pula timbul. Aduh… mcm mana ni? aku makin kelam kabut. kemudian aku dapat lihat tok che dah naik ketebing sambil memegang dahan pokok asam jawa bongkok tu.

“Apa lagi berenang la… kan abe suka main banjir” jerit atuk aku dari pokok tu.

Aku ketakutan.. aduh bleh plak dia tinggal aku kat air deras ni. terpaksa aku berenang sendiri akhirnya dengan nyawa yang tinggal separuh dahan pokok asam jawa berjaya aku capai dan kemudian naik ke tebing.

“hahhahahahahah…….. kecut pedal tu kena tinggal tadi” gelak tok che aku seperti tiada hati dan perasaan.

“Tok che pergi mana tetiba jer hilang dalam air tadi… tetiba dah ada kat tebing?” Tanya aku untuk menukar topik. kalau tak mesti sampai ke rumah aku kena ejek.

“Kalau kat dasar tu arus tak sederas dengan permukaan jadi che menyelam la lagi senang nak berenang ke tebing ni…” jawab tok che sambil tersenyum.

“Habis tu kenapa biar abe kat tgh sungai tu sorang-sorang….?” tanya aku sambil marah-marah.

“Saja jer nak tgk abe berenang hebat ke tak….” sambil terseyum.

“Adar ke patut… kalau leas tadi mcm mana?” tanya aku marah-marah.

“kalau lemas tak hebat la….” senyuman Tok Che bertambah lebar.

Kemudian kami plang kerumah dengan kesejukkan yang masih berbaki. Aku menggeletar mcm ayam menggeletar menunggu di sembelih. Tanpa naik ke rumah Tok mek aku segera mengambil pukat kemudian ikut bapak saudara aku pergi tangkap ikan.

Tok che pulak mengambil gergaji dan tukul terus ke sungai kemudian meredah air banjir buat sekian kalinya.. walau banjir tok che tetap bekerja sebagai tukang rumah di kampung sebelah. Sungguh gigih walau usia lewat 60-an. Bagi Tok Che tugas tetap tugas, waau ribut petir sekalipon, walau banjir setinggi gunung namun tanggungjawab dah tertulis maka perlu terus tanpa alasan…

P/s: Cerita di atas adalah secalit kenangan aku bersama atuk tersayang, Tok Che 15 tahun lepas ketika usia aku baru 8 tahun. Kini kenangan yang singkat terus menjadi kenangan kerana Tok Che susah pergi meninggalkan aku dan yang lain untuk menemui ilahi. Tanggal 14 Disember 2007 pada hari Jumaat Tok che pergi tanpa aku di sisi. Pemergiannya masih tetap di rasai sampai sekarang oleh kami sekeluarga. Tok Che atau nama sebenar Mat Isa bin Salleh meinggalkan seorang isteri, 9 anak, 7 menantu dan 14 cucu. Aku adalah antara cucu yang paling rapat dengan Tok Che kerana aku membesar di kampung. Selain itu aku adalah cucu sulung lelaki yang telah di tugaskan untuk meneman atuk aku kemana dia pergi.

Namun tugas sebagai peneman Tok Che telah terhenti setelah dia pergi dulu. Tiada lagi datuk yang akan membawa aku ke kebun salak. Tiada la datuk untuk aku tumpang basikal tua. tiada lagi datuk untuk mengajar aku jenis buah-buahan. Tiada lagi datuk untuk mengajar aku erti kehidupan sebenar. tiada lagi datuk untuk mengejut aku sembahyang subuh dan yang paling penting tiada lagi datuk yang menyambut aku tiap kali aku pulang ke kampung……

aku sedekahkan Al- Fatihah buat arwah Tok Che moga rohmu di cucuri rahmat dan digolongkan bersama mukminin yang menghambakan diri pada tuhan.

Pergi tak kembali

~ oleh machevallie di 10 Mac 2008.

4 Respons to “Perginya Tak Kembali Lagi..”

  1. (T-T)….like this story..sad…but kisah kita sama je…

  2. kehilangan memang memeritkan… walau sedalm mana skalipun syg kite pd seseorg.. ia belum mampu menandingi syg yg maha ESA…
    i lost my dad my grandpa n my love almost da same time n its rili drive me crazy…

  3. huhu..sgt sedey..i baru kehilangan member bek..nih dah nak dekat 40 ari die pegi..tp,mcm xpecaye die dah xde..diela tmpat mencurah sgala2nye.die mang abg yg bek…tarikh arinih,bufday die yg ke 26.xdpt nak bg pape,just doa untuk die…..
    Al-Fatihah tuk semua2 yg dah pergi mengadapNya..Al-Fatihah…..

  4. sabarlah menghadapi ujian dari tuhan

Tinggalkan jawapan