Dunia Ku Sudah Terbalik…

dunia ku dah terbalik

      Banyak yang dah terbalik berlaku pada diri aku sejak kebelakangan ini.. Apa yang terbalik ada kaitan dengan amalan hidup aku. Dulu aku tido malam sekarang dah jadi tido siang-siang hari plak. Kalau dulu sarapan pukul 7 pagi sekarang dah jadi 7 mlm. kalau dulu pagi-pagi mengadap buku sekarang malam-malam mengadap laptop. kalau zaman mula-mula masuk Universiti ni aku suka pompuan sekarang aku suka lelaki  pompuan jugak itu mana leh terbalik, aku ni gay normal lagi tak berubah dari dulu, sekarang dan sampai bebila.

sebut pasal gay ni aku pernah ada kawan yang mcm tu. dia baik dengan aku selalu belanja makan. bawa pergi jejalan, kadang-kadang aku rasa mcm jadi anak ikan dia plak dibelai dan dimanja (chewah..). takder la sampai mcm tu kitorang kawan biasa-biasa jer mana ada kena belai pon. kalau ikutkan pada sejarahnya kitorang berkenalan masa aku form 5 dulu. aku dah lupa peristiwa tu mcm mana tp yang aku ingat dia tanya pasal Maybank kat area sg. besi nih tapi mana ada.

pastu borak punya borak last-last jadi baik plak. dia selalu ajak kuar tapi sekali jer kitorang pernah lepak makan-makan sama. selalunya aku tolak sebab ada projek lain yang lagi penting perlu di selesaikan. Pada awalnya kitorang kawan mcm biasa tak ada apa-apa pon yang pelik pastu dah lama skit kena dia dok call jer aku tiap mlm mcm aku ni awek dia plak nak kena wish g.nite dulu sebelum tido. nak dijadikan cerita pada suatu hari tu dia call aku, malam tu aku dah rasa semacam dah dengan cara dia ckp lembut mengoda semacam tu.

Cuak beb bila kita tahu orang yang kita kenal sebelum ni gagah perkasa, kasar mcm orang jantan lain tetiba jadi penggoda mcm tu. so aku tanya la dia. lebih kurang mcm ni la ayat dia,

“ni await hang jadi macam ni, semalam cakap lelok asal skang ckp mcm nak goda aku plak nih?” tanya aku pelik.

“Aku ok jer, mana ada apa, hang tu yang perasan mcm- mcm” jawab dia kononnya nak cover.

“dak eh, aku rasa yang ni pelik la, hang ni takda marka ka asyik dok kol aku jer?” tanya aku lagi.

“dulu ada la zaman kat u dulu…. skang dah takda da”. Jawab dia pendek.

“await hang tak cari jer yang baru, bersepah kan pompuan cun kat tempat hang keje, hang ni aku tgk bukan tak ansem, ansem dah mcm Brad Pitt, bukan nyer miskin, kaya tu tgk pada kete bukan main lagi pakai BMW, apa lagi yang kurang? cukup complete dah kalau nak ngorat pompuan, senang-senang jer hang leh tackle. ke hang ni mati pucuk nih?” panjang lebar aku memuji dia beserta soalan cepu mas.

“hoh… ada ker mcm tu, aku mana ada mati pucuk. idup, sihat n segar lagi hang tau dak?” jawab dia, ada kedengaran nada marah.

“await tu asal hang tak pi ngorat jer pompuan cun yang ada kat opis hang tu?” tanya aku mcm pemberita plak.

“sebenarnya aku tak minat la kat pompuan, aku geli la ngan pompuan nih. Dulu aku dah try dah nak minat, dah cuba buat-buat minat. tapi tak leh la… aku tak tahan la pompuan ni leceh la. dala suka kikis aku……” Jawab dia selamba.

“Oih.. habis tu hang minat apa? bapok, nyah, arbok ke hang minat laki nih?” terkezut aku bila dia jawab mcm tu tadi tadi.

“Aku tak minat bapok, nyah atau arbok….tapi…………aku minat lelaki. Minat sgt lebih dari minat kat pompuan, hang tau?” jawab dia tersekat-sekat.

“Aduih…. ada jugak mcm tu plak hang ni. hang jgn dok main-main, jumpa nanti aku luku kang. ckp biaq betul. jadinya hang ni gay lah?” tanya aku serius.

“Aha, takda main-mainnyer?” Jawab dia penuh yakin

Pastu aku jadi senyap seribu bahasa. Dah tak ada modal da nak ckp. Dalam hati aku menyumpah-nyumpah, menyesal kenal plak. Baboon betul la. kalau aku tau awal-awal tak ada aku nak bg no tipon aku kat mamat gay nih.

“woit… await senyap nih, hang tido dah ka?” tetiba aku tersentak dgr suara mamat tu.

“Idak eh, ada ni terkejut jer. hang ckp yang hang tu gay tadi.” aku membalas.

“sori la tak habaq kat hang awal-awal aku ni mcm ni. Takut hang tak mau kawan ngan aku jer….” sedey jer ayat dia tapi tak leh cairkan hati aku.

“Dah tu await hang baik sgt ngan aku nih, aku bukan mcm hang, aku jantan la yang suka kat pompuan.” aku cuba nak korek niat sebenar dia.

“Sejak aku jumpa hang hari tu, aku dah jadi minat kat hang la, hang cute sgt………” jawab dia selamber tapi penuh makna.

Aku senyap sekali lagi dek kerana terkejut dengan pernyataan mamat tu. Buat pertama kalinya aku rasa terancam teramat sangat dalam hidup aku nih. Alahai mcm mana la aku leh terjebak dalam cinta songsang nih…… mama tolong aku… :(

Lepas dia ckp mcm tu aku pun terus letak tipon, cabut simcard buang jauh.. sejak dari panggilan yang terakhir malam tu bawak la sampai ke malam aku tulis post ni aku dah tak jumpa dah ngan mamat tu. dah tak tahu la hidup ker mati. Tapi harap-harapnya dia dah taubat la.

Bila di ingat balik mmg lawak la, ada ke dia ckp aku ni cute……. hahahahah….. (o o) <—-lubang idung aku.

Pelik sungguh, mcm-mcm la kat dunia ni… kita tingglkan lah cerita lama tu.

Berbalik pada cerita dunia aku dah terbalik ni aku rasa bukan stakat tu jer. Ada byk lagi incident yang aku leh kaitkan dengan dunia ku sudah terbalik nih. Ada satu kejadian tu aku pakai baju terbalik, mangkuk mee ku terbalik, masuk card LRT terbalik.

Tapi bagi aku kadang-kadang kita perlu ikut jer flow yang ada. walau betul ke terbalik ke kalau nak hidup dengan senang. maksud aku kita takleh nah tunjukkan yang kita ni betul sgt kalau berada di dalam community yang sememangnya dah terbalik. seperti yang berlaku pada masyarakat kita la da terbalik kembali masa zaman jahiliah dulu yang semangnya byk benda tak bermaruah berlaku. Faham-faham la bila sebut pasal benda tak bermaruh dalam konteks keterbalikan pemikiran masyarakat malaysia kini……..

Yer la kalau nak senang kita kena ikut jer apa yang berlaku. jangan memandai menegur atau nak membetulkan keadaan. sebab di dunia yang dah terbalik ke zaman jahiliaah ni walau kita tahu benda tu dah terbalik. kita tak boleh dan menabalikkannya kembali untuk jadi betul. Nanti kita pulak yang di katakan otak terbalik. lebih baik dok diam, play safe  dan mind ur own business.

Sedey… sedey….. harap-harap aku tak terbalik teruk la… kalau terbalik skit-skit ok lagi…

~ oleh machevallie di 10 November 2007.

8 Respons to “Dunia Ku Sudah Terbalik…”

  1. hello enjoy reading your blog. this is pimadonnaz.blogspot.com remeber u visited my blog the other day. so can i have your email add or something pls

  2. mache…serius..
    leh jd penulis yg baik..
    kalau mache tnya why??
    sebab yana suka membaca..
    buku ape yana x baca..semua yana baca…
    n yana leh taw seorg penulis tu leh menulis or x..
    n..lepas yana baca ape yg mache tulis nie..
    yana rasa seorg penulis tu perlukan pngetauhuan yg luas n mampu buat org yg baca hasil penulisannye bfikir..
    n mache ada semua tu..
    n yana harap…mache leh terus update blog nie slagi mache mampu..
    hehehehehe..

  3. great mind.. but is this a real story?
    i know you very well..
    watch out arr…

  4. mache2…sila setting balik kehidupan anda agar tidak terbalik lagi :P

  5. assalamualaikum…

    aku tgh browse thru kat google nih pastu tetibe terbukak ati aku nak tgk page ko. secara jujur aku nak bagitau, aku tergolong diantara lelaki yang suke lelaki (sama la macam mamat dalam citer ko tuh). just nak kongsi kat sini, aku minat kat sorang senior kat kolej. mamat tu straight. aku memang minat giler2 kat dier and aku try jadi kawan baik dier. satu ari, mamat nih dah abes final sem. dier nak balik. sebelum dier balik aku suruh dier tunggu coz aku ader paper. lepas paper aku terus lari balik kolej. masa tu ler aku dok luahkan perasaan aku kat dier. memang terkejut giler… muke dier terus berubah. aku nih bukan lelaki lembut, so ko bayangkan ler rupe jantan nangis depan jantan (huduh laa…)

    pastu dier pun balik. aku tengok muke dier pun upset lepas aku bagitau isi hati aku nih. aku sedih giler coz aku tau mesti dier dah taknak kawan ngan aku. sebelum ni aku janji nak jadi kawan baik dier. dengan ati yang pilu aku gi la melantak lat dining hall, tapi takde selera. selang setengah jam lepas mamat tu blah, dier mesej aku. dier cakap dier taknak lagi jadikan aku kawan baik dier, tapi nak jadikan aku adik angkat.

    saper tak happy. lagi2 orang yang naluri dier ke arah lelaki macam aku nih. tapi niat dier ikhlas. dier nak bimbing aku ke jalan yang betul. alhamdulillah, aku dah 3 tahun jadi adik angkat dier. aku tak 100% betul lagi but berkat usaha abang angkat aku, aku dah rasa perubahan dalam diri aku. aku dah mula hilangkan perasaan kat lelaki.

    so, berbalik kat citer ko, kalau ko dapat jadi kawan mamat tu and ko still go on sebagai kawan, ko la orang yang dapat tarik mamat tuh kembali ke pangkal jalan. fisrt sebab dier minat ko, so apa yang ko cakap dier senang ikut. pastu ko cucuk le nasihat sket. bagi sepotong hadis ke, ayat Quran ke. kalau ko dapat tarik dier ke jalan straight balik, besar giler pahala ko. hehe… investment akhirat tuh.

    aku sekadar berkongsi. minta maaf le kalau aku menyinggung mana2 pihak and secara tak sengaja menyelit kat blog ko.

    -mat-

  6. ya allah..
    mcm2 dunia zmn skang…
    tp apa kta ang try bimbing mamt tu…
    tp pastikan da sorg membe yg leh pegang ang kuat2 la…
    tkut st gi jd kot len lak…
    sesma islm ni…
    kna sling selmt menyelmtkan…

  7. Dunia terbaik. Memang hakikat alam. Termaktub dalam Quran dan Sunnah. Tapi diam? Tapi mind your own business? Tapi play safe?

    Apa ada dengan dakwah? Apa ada dengan kerja susah payah Nabi sebar Islam dan dakwah? Kasihan pada penat lelah mereka?

    Then, apa yang kita ingin/akan jawab depan Allah?

    Paling lemah, tidak suka (nahi mungkar) dalam hati. Play safe yang dikira agama.

    Cuba bayangkan, kita manusia. Ke mana kita?

    ‘ Di akhirat nanti, mereka yang masuk ke neraka memanggil orang lain di kalangan mereka dahulu dalam dunia yang tidak menahan mereka dari melakukan maksiat”-Alhadith.

    Allahua’lam

  8. teramat menarik dan sngt melucukan…
    haih macm2 la kat dunia ni..nasib baik x trmasuk dlm kancah gay tu….kalo baca agak meremng bulu roma…

Tinggalkan jawapan