Sumpahan

•17 Oktober 2009 • 2 komen

Salam Sejahtera Buat Semua.

Dalam gundah pada pagi yang sepi ini aku dengan rasa sedih tetiba terfikir mengenai satu sumpahan yang rata-rata terjadi pada mereka yang mempunyai pengalaman persekolahan menengah denganku. Masing-masing punya cerita yang berbeza namun endingnya sama. Kadang-kadang untuk aku percaya mengenai sumpahan ini lebih banyak dari mengatakan tidak. Sebab rationya adalah lebih berat kepada kepada kebenaran sumpahan ini.

Walaupun sebelum apa yang terjadi pada malam ini hanya hipotesis semata-mata namun bayang-bayang untuk sumpahan ini menjadi teori pada aku sudah kelihatan bagai ingin menjadi kenyataan.

Walau aku terpaksa korbankan apa yang aku ada dengan menjadi bahan experiment dan sanggup meminggirkan hati dan perasaan sendiri namun sintom yang aku telah lihat bagai sama seperti yang aku bayangkan pada diri aku dan rakan-rakan senasib dengan ku.

Walau agak rungsing dan berat untuk menerima yang aku ada gejala itu namun aku akan cuba menerima apa saja yang berlaku. Dengan penuh rela aku menerima segala takdir yang telah ditentukan. Walau pahit sekalipon kan ku telan sampai habis.

Jika itu yang tercatat dalam lipatan sejarah hidupku tak mungkin dapat aku elak lagi. Mmg agak berat untuk menerima kenyataan ini. Akan ku tetap hadapi dengan penuh tabah dan hati yang terbuka.

Walaupun aku agak skeptikal tentang isu sumpahan ini bagi aku itu adalah yang terbaik sekurangnya aku tidaklah terlalu sedih atau derita. Untuk aku lihat dari sudut positif rasanya tiada ruang yang dapat muat.

Entah apa yang akan berlaku esok yang penting aku akan hadapi dengan sedaya upaya untuk kelihatan lebih tenang.

Moga aku tabah menghadapi segala yang berlaku selepas ini. Moga aku dapat teruskan kehidupan dengan lebih kuat dan tabah untuk menghadapi cabaran yang mendatang. Moga aku ada hikmah disebalik apa yg berlaku..

Adikku Sayang

•18 Ogos 2009 • 3 komen


Adikku Sayang,

Tidak pernah abg cuba mengabaikan mu,
Langsung tidak terlintas meminggirkanmu,
Bahkan tidak pernah terdetik hati ini untuk melupkanmu,
Setiap saat kerinduan ini sentiasa teringat pada gelak tawa riangmu.

Malam ini tiba-tiba hati kecik Abgmu diulit rasa sayu,
Bila mengenangkan betapa sukarnya nasibmu,
Tak dapat dibendung lagi air mata ini dari terus berlalu,
Bila ingatan pada mu hadir wahai adikku. Terus membaca ‘Adikku Sayang’

Rahsia Cinta Monyetku..

•7 Julai 2009 • 10 komen

Salam Sejahtera ke atas Kamu semua..

Jam di desktop ku tepat jam 3.33am. Di Pangkalan TLDM Lumut sunyi sepi, namun jiwa ku pada saat ini tidak pernah sunyi. Seperti biasa otak aku yang kononnya tersangat jiwang terus berputar dan menyalurkan cas-cas untuk menyuruh tangan ini terus menaip.

Di Wisma Samudera, yang tinggal hanya lampu jalan merah kekuningan masih menyala menerangi jalan gelap namun aku di katil tetap tidak dapat melelapkan mata. Kerinduan pada kekasih makin hari makin menebal.

Tapi pada malam ini bukan itu yang aku ingin coretkan. Bukan tentang kerja dan bukan tentang kerinduan tapi tentang rahsia yang telah lama aku simpan di lubuk hati ini tanpa sapa pon dapat menyelaminya. Terus membaca ‘Rahsia Cinta Monyetku..’

Masa Sunyi Penuh Sepi

•25 Mei 2009 • 1 Komen

Semingguan aku keseorangan sejak peristiwa itu. Masa yang dilalui terasa begitu lambat berlalu. Terluang penuh pembaziran. Yang menjadi teman hanya laptop buruk penuh berjasa ini.

Mata terpejam dan celik serentak dengan degupan jantung penuh sayu. Namun aku masih disini menatap pada syiling kosong dengan ditemani kipas berhabuk riang beputar tidak mengira masa. Terus membaca ‘Masa Sunyi Penuh Sepi’

Salahkah aku seorang pelupa…

•12 Mei 2009 • 4 komen

Yer… aku akui diri ini bukanlah sesempurna mana dan mana mungkin akan jadi sempurna. Namum berikanlah aku masa dan peluang untuk memperbaiki kelemahan diri agar mengatasi kekurangan dan menghampiri kesempurnaan.

Namun tidak perlulah engkau untuk mengatawakan kelemahan aku ini. Dan tidak perlulah engkau mengwar-warkan pada sahabat mu yg lain dengan niat memalukan aku. Kerana aku pelupa.

Aku tahu diri ini sentiasa dalam kepayahan dan tidak pernah aku meminta untuk hidup dalam cabaran semumpama ini. Namun aku telah cuba bangun. Walau tidak terus menjadi yang tertinggi tapi aku berusaha berjalan sendiri untuk mencapai yang tertinggi. Tidak pula aku minta sebarang simpati atau belas. Aku sentiasa sendiri. Sebab aku sering lupa untuk meminta-minta. Terus membaca ‘Salahkah aku seorang pelupa…’

SINDROM WHITE COFFEE HAZELNUT

•31 Mac 2009 • 5 komen

Salam

Waktu sekarang di Pangkalan TLDM, Lumut ialah tepat 2.22am tapi mata aku aku masih cerah dan badan penuh tenaga bak kuda yang baru dicucuk steroid. Sebabnya tidak lain dan tidak bukan adalah penangan white coffee Hazelnut yang aku minum malam tadi. Bagi yang pernah minum mesti tahu rasanya mcm mana. Yes.. sedap sangat sampai tak leh tido. Jadi bagi yang masih belum merasa white coffe hazelnut jadi aku sarankan pergi la ke kedai kopi yang berhampiran anda. Di area lumut ni tempat popular untuk peminat kopi hanya 2 kedai je (yang aku tau la) pertama ialah Old Town White coffee dan kedua ialah CT Kopitiam. Bagi aku untuk merasa kemewahan (mcm org kaya la konon) boleh minum kopi di Old Town sebab kos dia lebih skit dari CT tapi fasilitis yang ada mantap. Tapi yang lebih utamakan ekonomikal budjet maka masih boleh merasa di CT Kopitiam.

Bagi aku, kopi dalam bentuk ice blended lebih enak dari minum panas. Kerana rasa kopi air batu kisar tu lebih mild dan segar. Tapi bagi mereka yang suka rasa kopi yang lebih extreme boleh pilih kopi panas (lebih manis dan berlemak). Pengalaman aku kali pertama minum kopi air batu kisar kacang hazel (istilah baru hehehehe….) adalah di Old Town masa baru dapat gaji bulan Feb lepas. Penangan hirupan pertama tu sungguh dasyat… bila kopi tu terkena lidah buat kali pertama tetiba saja bahagian kepala bahagian kiri terasa tertarik-tarik. Mencekam sampai ke saraf tunjang. Rasa cengkeman tu berterusan lebih kurang 2 ke 3 minit sampai aku terpaksa berpaut pada meja untuk aku duduk dgn stabil. Terus membaca ‘SINDROM WHITE COFFEE HAZELNUT’

Lama Masa..

•2 Mac 2009 • Tinggalkan Komen

Salam sejahtera…

Dah agak lama aku tak menulis blog ni. Rasanya dah lebih dari 2 bulan sejak tauliah dulu. Nak kat aku bz rasanya tak pon. tapi malas jer lebih, bukan buat apa pun just kelas jer dari kul 7pg sampai kul 2 ptg. pastu sukan dan malam plak free, leh kuar pekan manjong tak pon pergi jejalan kat waterfront lumut.

sebut pasal kuar ni aku baru malam tadi pergi giant, pastu lepak kat Old Town White Coffe pekena ice blanded white coffe hazelnut. sebab tu la tak leh tido malam ni sampai terdatang rasa nak menulis blog yang aku tinggal lama ni.

Dalam aku dok takleh tido tadi, lepas bergoleh, menelentang, meniarap dan jugak menonggeng tetiba aku teringat kat satu mission aku yang masih belum selesai…. nak pakai braces.

aduh.. bila fikir balik mmg mcm lawak. tapi tu adalah mission aku untuk tahun ni selepas nak berenti merokok tapi tak berjaya. Tapi aku rasa pakai braces ni aku leh capai yang menjadi penghalang buat masa sekarang ialah masa dan keadaan. sebabnya satu jer.. aku tak tau cara.

takper la tgk pada rezeki aku mcm mana. harapnya di murahkanlah rezeki dan di sampaikanlah hajat aku nih..

Semoga Berjumpa Lagi Kapt. Afham Abdul Rahman TUDM

•12 Disember 2008 • 2 komen

Singkat masa belalu rasanya baru semalam berkenalan tapi hari ni sahabat aku yang sorang ni dah kena pergi menjalankan tugas. Aku mendoakan moga kau berjaya walau dimana jua berada. Semoga berjumpa lagi wahai sahabat.

Pentauliah Diraja Pegawai Muda UPNM 2008

•4 Disember 2008 • 5 komen

4 Disember 2008. Tarikh keramat buat semua Pegawai Muda Pentauliahan ke-10 Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Penat jerih selama empat ke lima tahun akhirnya berakhir. Dan cabaran paling besar iaitu kawad selama 2 bulan akhirnya telah terbalas dengan persembahan kawad yang telah kami tunjukkan pada DYMM pada tarikh berkenaan.

Terus membaca ‘Pentauliah Diraja Pegawai Muda UPNM 2008′

Kurang Dari Seminggu

•3 Disember 2008 • Tinggalkan Komen

“Well done….” Itulah ucapan yang membakar semangatku.

Jelas kedengaran suara pujian Ketua Pengambilan kami Mej. Abd. Aziz yang cukup berbangga dengan mutu kawad kami pagi tadi. Tak cukup dengan pujian beliau turut berjanji akan bagi kami outing esok hari.. yeah seronoknya.

Pejam celik dah hampir 2 bulan kami berkawad di padang kawad MTD. Muka yang sebelum ini gebu, mulus dan jelita terus bertukar mcm lanun yang pergi merompak di tgh lautan. Hitam dan berkilat. Muka mcm lanun pun lanun la. Janji beriman. Memang tak mustahil la muka kami berubah sedemikian rupa sebabnya mudah saja… da berkawad tgh panas terik mentari mesti la terbakar. Sedangkan minah saleh pakai bikini boleh bertukar jadi merah lepas berjemur sejam. Ini kan pulak Melayu yang sememangnya rata-rata berkulit coklat berjemur selama 2 bulan tgh panas.

Aku tak kisah pon muka nak jadi hitam ker, coklat ker malah kalau bertukar jadi unggu sekalipon aku apa peduli. Yang penting sekarang aku tauliah dengan jayanya. Hampir 9 tahun aku menapak di sg.besi ni itu la satu-satunya sebab aku kekal… sebab nak di tauliahkan sebagai pegawai. Walau bukan cita-cita aku yang utama tapi di sebabkan kehendak keluarga aku turuti jua menjadi askeeeeeerrrrrrrrrrr. Redha sajalah, mmg rezeki aku kearah ini. Tak pernah aku nak menyesal pon, malah rasanya bertuah plak sekarang.